UNIMAS – BIMB jalin kerjasama bantu komuniti

UNIMAS dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah menandatangani perjanjian (MoA) berkaitan ‘Production of UNIMAS Cockle Shell Artificial Reef’ di sini petang tadi.

Perjanjian MoA tersebut telah ditandatangani oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Haji Suaidi dan Ketua Pejabat Wilayah, Wilayah Malaysia Timur, Tuan Haji Abdul Malek Abdullah.

Majlis menandatangani MoA ini merupakan perjanjian koloborasi di antara UNIAMS dan BIMB untuk membantu komuniti setempat dalam pengeluaran tukun kulit kerang rekaan UNIMAS.

Tukun kulit kerang rekaan UNIMAS ini adalah produk hasil dari penyelidikan geran inovasi yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik-penyelidik UNIMAS dari Fakluti Seni Gunaan dan Kreatif pada Tahun 2010 yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Saiful Bahari Mohd Yusoff.

Pasukan Pelaksana Projek daripada UNIMAS telah melaksanakan fabrikasi dan pengeluaran 5 unit tukun tiruan rekaan UNIMAS dan akan disumbangkan oleh BIMB kepada komuniti setempat khasnya di persisiran pantai Sarawak iaitu komuniti Daerah Sematan dan Bahagian Lundu.

unimas bank islam

Objektif utama peletakan tukun kulit kerang rekaan UNIMAS ini bertujuan untuk meningkatkan sumber perikanan di pesisiran pantai Sarawak. Selain itu, ia dapat mewujudkan kawasan habitat baru untuk marin dan juga untuk meningkatkan ekonomi nelayan.

Kerjasama dua hala menerusi pemeteraian memorandum perjanjian ini dapat membentuk satu jaringan strategik yang bukan sahaja membentuk satu kerjasama formal UNIMAS dan BIMB, malah turut membuka laluan kepada banyak kebaikan bagi kedua-dua belah pihak.

Kerjasama strategik yang terjalin dengan industri dalam penghasilan penyelidikan yang relevan kepada keperluan industri seperti ini akan meningkatkan kebolehpasaran inovasi daripada UNIMAS. – Berita UNIMAS

Tinggalkan komen anda