TNC HEPA UNIMAS terima pingat JPAM

KANGAR : Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sarawak, Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman semalam menerima penganugerahan Pingat Bakti Pertahanan Awam (PBP) sempena Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Penghargaan Pertahanan Awam sempena Hari Ulangtahun Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan kali ke-64 tahun 2016 yang berlangsung di Dewan Pejabat Pertahanan Awam Negeri Perlis.

Mohd Fadzil yang juga Penolong Pesuruhjaya Kehormat (PA) merupakan antara 300 anggota JPAM yang menerima pingat daripada Ketua Pengarah JPAM, Datuk Ogu Salim Omar.

Majlis Sambutan Hari Ulangtahun Pertahanan Awam ke-64 akan disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis di Dewan 2020 di sini, juga diserikan dengan pelbagai program dan aktiviti menarik. – e-Samarahan

Tinggalkan komen anda