Tentang e-Samarahan

e-Samarahan, merupakan sebuah portal yang memaparkan berita setempat dan nasional, hebahan program dan aktiviti yang bakal berlangsung di sekitar Samarahan, serta ruang jual beli dan bisnes.

Adalah menjadi hasrat e-Samarahan untuk menjadi medium informasi terkini yang tepat dan muktahir, serta menjadi wadah masyarakat bersesuaian dengan slogan e-Samarahan, ‘Berita kita, wajah kita.’

e-Samarahan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat yang adil dan saksama serta tidak menyebelahi mana-mana individu dan organisasi bagi menjadikan berita kami telus dan boleh dipercayai. Dengan ruang terbuka yang diberikan menjadikan portal ini sesuai diakses oleh sesiapa sahaja, melangkaui batasan budaya, agama dan fahaman.

Sekiranya anda ingin membantu kami dalam menyampaikan berita terkini, membuat aduan dan masalah berkaitan e-Samarahan serta jemputan liputan program dan majlis-majlis sekitar, hanya klik Hubungi Kami atau emailkan ke salam@e-samarahan.net , atau mesej kami di Facebook e-Samarahan.

Anda juga dialu-alukan untuk memasukkan perniagaan anda dalam Direktori Bisnes secara percuma, serta anda boleh beriklan dengan e-Samarahan dengan kadar harga yang menarik dan slot yang terhad melalui Pengiklanan Bersama e-Samarahan.

Terima kasih atas sokongan anda!