Skuad Sarawak terus tewas

KUALA TERENGGANU : Skuad Bujang Senang terus dihimpit kekalahan apabila tewas dengan Terengganu di Stadium Sultan Ismain Nasiruddin Shah, dekat sini dengan jaringan 3-2.

Dalam pertembungan dua pasukan yang mencari 3 mata, skuad Terengganu terlebih dahulu memulakan jaringan di minit ke-13 dengan rembatan Joseph Kalang Ti, namun berjaya mengikat semula kedudukan dengan jaringan Noumba Makeche tiga minit kemudian. Separuh masa pertama menjadi milik Sarawak apabila Junior Aparecido berjaya menyudahkan penalti selepas di kasari di masa tambahan.

Namun separuh masa kedua menyaksikan kebangkitan Terengganu apabila Ahmad Nordin Alias berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-52. Kelemahan benteng pertahanan Sarawak yang mudah diceroboh berjaya dibolosi apabila jaringan Ashari Shamsudin di minit ke-70 berjaya mematikan impian Sarawak membawa pulang tiga mata.

Serangan demi serangan oleh pasukan Sarawak di minit ke 80 dan masa tambahan tidak membuahkan hasil, menjadikan keputusan akhir perlawanan 3-2.

Dengan keputusan tersebut, Sarawak kekal ditangga tercorot liga dengan sembilan mata, manakala pasukan Terengganu yang telah tewas empat kali sebelum ini kini berada di kedudukan ke-8.

Antara keputusan perlawanan lain yang berlangsung pada malam ini adalah Felda United menang 2-0 menentang Kelantan, PDRM sekadar seri 2-2 dengan Perak, Pahang juga sekadar seri dengan Kedah 1-1, dan Selangor berjaya menundukkan T-Team 2-1. – e-Samarahan

Tinggalkan komen anda