Skuad Sarawak ‘mengamuk’ di Ipoh

IPOH: Setelah berjaya membenam Perak di laman sendiri, skuad bola sepak Sarawak berjaya meneruskan penguasaannya apabila berjaya memenangi perlawanan bertemu Perak, dengan jaringan 3-0 dekat sini.

Di awal perlawanan pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan dilihat buntu mencari gol. Namun kesilapan pasukan Perak membawa kepada sepakan penaliti yang berjaya disudahkan oleh Junior Aparecido di minit 32.

Terkejut dengan permainan Sarawak yang berada satu gol di hadapan, Perak cuba untuk mengasak bagi menyamakan kedudukan. Namun sebaliknya, Ndumba Makeche di minit ke-66 berjaya menambah gol kedua pasukan Sarawak. Derita pasukan Perak ditambah lagi apabila Gilmar da Silva Filho menambah satu gol empat minit kemudian.

Usaha pasukan Perak bagi memberikan saingan gol tidak berhasil apabila gagal menjaringkan sebarang gol sehingga masa tamat.

Di media sosial, ramai yang memuji pengendali sementara skuad Sarawak, David Usop yang berjaya mengembalikan maruah skuad Bujang Senang dengan dua kemenangan

Keputusan-keputusan lain pada malam ini menyaksikan FELDA United hanya seri dengan Pulau Pinang dengan jaringan 2-2, Kelantan tewas di laman sendiri menentang Selangor dengan jaringan 2-5, Pahang kalah besar kepada JDT dengan jaringan 0-6, PDRM hanya mampu seri ke atas Kedah dengan jaringan 1-1, dan Terengganu menang ke atas T-Team dengan jaringan 2-1.

Dengan keputusan keseluruhan, JDT kembali menduduki tangga teratas liga, diikuti FELDA United dan Selangor. Dua pasukan yang menghuni tangga terbawah adalah Pulau Pinang dan Pahang.

Liga Super 2016 akan berehat seketika bagi menghormati bulan Ramadhan dan Aidilfitri. – e-Samarahan

Tinggalkan komen anda