Skuad Sarawak kembali bangkit

KUCHING: Selepas hanya mencipta 1 kemenangan daripada 10 perlawanan dalam Liga Super, skuad bola sepak Sarawak bangkit mencipta kemenangan ke atas pasukan Perak pada perlawanan di minggu kesebelas Liga Super, dekat sini malam ini.

Skuad kendalian sementara David Usop itu memulakan keceriaan pada kem Sarawak di minit kesebelas apabila Makeche Ndumba menolak masuk rembatan K Gurusamy yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Perak, Mohd Syazani. Usaha berterusan Perak dalam mencari gol penyamaan membuahkan hasil apabila Fazrul Hazli berjaya menanduk masuk hantaran lintang ke dalam kawasan penalti Sarawak.

Tiga minit selepas wisel separuh masa kedua menyaksikan Sarawak memperoleh gol kedua apabila sepakan percuma Junior Aparecido mudah ditanduk masuk oleh Gilmar da Silva. Namun, kesilapan pasukan Sarawak sehingga memberikan penalti kepada pasukan Perak memberikan kelebihan kepada mereka untuk menyamakan kedudukan.

Dengan masa sembilan minit, pasukan Sarawak akhirnya mendapat gol ketiga apabila Thiago Junio tertampan masuk bola melalui hantaran Tommy Mawat. Masa tamat menyaksikan Sarawak menang ke atas Perak dengan jaringan 3-2.

Keputusan lain pada malam ini adalah Selangor mengikat Kelantan di Stadium Shah Alam dengan tiada jaringan, Kedah menewaskan PDRM 2-0, Pulau Pinang gagal menang di laman sendiri bertemu Felda United dengan 1-2, T-Team dan Terengganu juga gagal mencipta sebarang jaringan, sementara JDT menang 3-0 ke atas Pahang.

Pasukan Sarawak yang menghuni kedudukan tercorot liga berjaya ke tempat kesepuluh liga, seterusnya layak dalam kempen Piala Malaysia bersama 14 kumpulan lain. – e-Samarahan

Tinggalkan komen anda