Sikap bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kecerian tempat kerja

SAMARAHAN: Kerja gotong royong membersih serta menceriakan kawasan Kompleks Pentadbiran Bahagian Samarahan yang telah diadakan baru-baru ini berjaya mengeratkan kerjasama dikalangan kakitangan jabatan dan agensi  di Kompleks tersebut.

Ketika berucap melancarkan program tersebut, Abdul Rahman Sebli Senusi, Residen Bahagian Samarahan menyeru semua warga kerja yang berkhidmat di bangunan berkenaan  agar sentiasa memberi kerjasama dalam menceriakan serta menjaga kebersihan persekitaran kawasan bangunan berkenaan tanpa mengira jabatan mana mereka bertugas.

Beliau menambah kata, program tersebut akan dilakukan secara berterusan dan akan diadakan dari masa kesemasa mengikut kawasan-kawasan yang telah dibahagikan kepada jabatan-jabatan yang ada di Kompleks tersebut, katanya.

“Program seumpama itu bukanlah merupakan kali pertama diadakan malah ia merupakan program yang berterusan sejak dari dulu lagi dalam menjalinkan kerjasama dari kalangan kakitangan awam selain dari  menyemaikan sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran tempat kerja”,  tambahnya lagi.

Program tersebut turut disertai oleh kakitangan dari Pejabat Residen Samarahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan, Jabatan Perbendaharaan Bahagian Samarahan dan Pejabat Pos Kota Samarahan. – Pejabat Residen Samarahan

Tinggalkan komen anda