Samarahan rangkul juara

SAMARAHAN – Pasukan Samarahan membuktikan keunggulannya pada Kejohanan Futsal Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) peringkat Negeri bagi kategori Lelaki dalam aksi final yang berlangsung di Kompleks Sukan semalam. Samarahan yang menepati ramalan apabila turun sebagai pasukan pilihan kejohanan mudah menewaskan pasukan dari Limbang dengan kemenangan tipis 1-0 dalam perlawanan akhir tersebut.

Sungguh pun begitu, Samarahan berjaya menepis ramalan ramai yang lebih banyak memfokuskan juara bertahan, pasukan Kuching untuk mengulangi pencapaian mereka. Dengan kemenangan itu, Samarahan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai,piala iringan dan medal manakala Limbang selaku naib juara pulang dengan hadiah wang tunai beserta piala iringan dan medal.Dalam pada itu, pasukan Kuching dan Miri berada di kedudukan ketiga bersama dan berjaya membawa pulang piala dan pingat.

Bagi kategori wanita pula ,selaku juara bertahan, pasukan Kuching tidak menghadapi masalah apabila mudah mengatasi pasukan wanita dari Mukah dengan jaringan 3-0 untuk juara. Dengan kejuaraan tersebut, pasukan wanita Kuching berjaya membawa pulang hadiah wang tunai manakala pasukan Mukah tidak pulang tangan kosong dengan membawa hadiah wang tunai. Dalam pada itu, pasukan Miri dan Samarahan berada di kedudukan ketiga bersama dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai.

Dalam pada itu,anugerah penjaring terbanyak bagi kategori lelaki telah dimenangi pemain Limbang, Daud Ismail yang telah meledakkan sebanyak lima gol manakala penjaring terbanyak bagi kategori wanita pula ialah Norfazlina Jek dari pasukan Kuching yang menjaringkan enam gol sepanjang kejohanan. Anugerah ‘Fair Play’ bagi kategori lelaki turut diberikan kepada pasukan Miri dan Kuching bagi kategori Wanita. Sebanyak 10 pasukan lelaki dan sembilan pasukan wanita dari seluruh bahagian negeri ini telah menyertai kejohanan yang telah berlangsung selama dua hari tersebut. – Utusan Sarawak

Tinggalkan komen anda