Samarahan Got Talent 2016 cari bakat dan kelainan

SAMARAHAN : Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Tun Abdul Razak Kota Samarahan akan mengadakan sebuah pertandingan bercorak hiburan, Samarahan Got Talent 2016 yang bakal mencungkil bakat-bakat terpendam warga Samarahan.

Penyertaan dibuka kepada semua warga Samarahan berumur 10 tahun hingga 70 tahun, dengan penyertaan secara individu atau berkumpulan tidak melebihi enam orang. Persembahan adalah dalam durasi empat minit, bakal diadakan di Pentas Samarahan Kitchen, Kota Samarahan.

Borang penyertaan boleh didapati melalui laman web IPGK Tun Abdul Razak di pautan http://www.ipgmktar.edu.my dan perlu dihantar sebelum 1 tengah hari, 9 April di pusat membeli-belah Summer Mall. Sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan ini boleh menghubungi Encik Abang Kamarudin Bin Abang Zaini di talian 011-32209891.

Samarahan Got Talent 2016 merupakan antara program yang bakal berlangsung bersempena Sejiwa Senada Samarahan 2016 yang bakal bermula pada 15 April ini. – e-Samarahan

Tinggalkan komen anda