Pertingkat momentum untuk capai prestasi polis cemerlang

SAMARAHAN : Warga Polis Di Raja Malaysia (PDRM) digesa untuk mempertingkatkan momentum tugas bagi mencapai prestasi yang lebih cemerlang, seterusnya terus mendepani cabaran yang mendatang.

Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata, dalam usaha mencapai hasrat ‘Polis Bertaraf Dunia’ transformasi dan perubahan akan dilakukan selari dengan Pelan Strategik PDRM (PSPDRM) 2015-2020 serta Pelan Integriti PDRM 2016-2020.

Beliau membacakan perutusan khas Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar di hadapan anggota PDRM Daerah Samarahan pada Sambutan Hari Polis ke-209 Peringkat Samarahan yang berlangsung hari ini.

Turut sama hadir adalah Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar), Aidel Lariwoo; YB Adun Sadong Jaya dan Pegawai Daerah Samarahan; Mohd Ainnie Wahab.

Dalam majlis tersebut, Ketua Polis Daerah Samarahan juga menyampaikan sijil penghargaan kepada Inspektor Tan Kian Kok, SJN/D Muhd Shukor Eman, SJN/D Ruziman Zawawi dan SJN Mohamad Musa Jamaie atas perkhidmatan cemerlang mereka dalam PDRM. e-Samarahan

Tinggalkan komen anda