Pertandingan Puteri Samarahan dianjurkan 17 April

SAMARAHAN : Pertandingan Puteri Samarahan Sejiwa Senada 2016 akan berlangsung pada 17 April 2016 di Perkarangan Tempat Letak Kereta Majlis Daerah Samarahan. Pertandingan tersebut adalah bersempena program Sejiwa Senada peringkat Samarahan yang berlangsung pada 15 April hingga 17 April 2016 di lokasi sama.

Peringkat pemilihan dan saringan akan diadakan pada 9 April 2016, jam 4 petang bagi memilih 10 finalis akhir yang akan berentap di pentas akhir.

Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Daerah Samarahan, Pejabat Daerah Simunjan, Pejabat Daerah Asajaya, Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya dan Sebuyau, Pejabat Residen Samarahan, Pejabat Daerah Serian, Pejabat Daerah Kuching, Pejabat Residen Kuching dan di laman web Pejabat Daerah Samarahan.

Penyertaan yang lengkap beserta gambar berukuran 4R boleh dihantar ke Pejabat Daerah Samarahan sebelum 1 April 2016. Sebarang pertanyaan bagi pertandingan ini boleh menghubungi Encik Kassim Wan Zain di talian 082-671105. – e-Samarahan

Tinggalkan komen anda