Perlu pergiat usaha kembang seni warisan silat

ASAJAYA: Para pengamal seni silat Melayu di kawasan Asajaya digesa agar memperhebatkan usaha untuk mengembangkan seni warisan Melayu tersebut.

ADUN Asajaya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Gelanggang Perguruan Seni Silat Makrifat dan Karnival PBB Ranting Serpan Ulu di Kampung Serpan Ulu petang tadi.

Beliau berkata masyarakat Melayu tidak boleh ambil mudah terhadap masa depan seni warisan Melayu dengan menaruh harapan ianya akan tetap hidup tanpa perlu ada usaha yang gigih untuk mengembangkannya.

Tiada salah kembangkan seni warisan

yb karim

Abdul Karim, yang juga merupakan Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar), menegaskan bukan satu kesalahan apabila masyarakat Melayu berusaha dengan gigih untuk memastikan warisan mereka tak lapuk di telan zaman.

Bahkan, ujar ADUN Asajaya, setiap kaum mesti ada semangat yang kuat untuk mengembangkan warisan masing-masing.

Beliau juga menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap keupayaan seni silat Melayu menjadi satu badan atau institusi yang berupaya untuk membantu membenteras masalah sosial yang menular dikalangan anak-anak muda.

“Kita tidak mahu melihat belia-belia kita gagal di tengah jalan” menghabiskan usia mereka di penjara ataupun pusat serenti, kata Abdul Karim.

Beliau kemudiannya mengumumkan pemberian sumbangan kewangan kepada Persatuan Silat Makrifat Kampung Serpan Ulu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ketua-ketua masyarakat dikawasan Asajaya dan penduduk Kampung Serpan Ulu. – Blog YB Karim

Tinggalkan komen anda