Pemandu mabuk, kenderaan terjatuh pengkalan feri

SAMARAHAN : Sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai terjatuh daripada pengkalan Feri Kampung Muara Tuang, dekat sini malam semalam. Pasukan penyelamat daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan tiba ke tempat kejadian pada jam 9.05 malam selepas menerima panggilan daripada orang awam.

Mangsa, Liang Ak Rengga berusia 56 tahun diselamatkan oleh orang awam dan seorang lagi rakan mangsa masih belum dijumpai. Pemandu yang dikatakan sedang mabuk itu dikatakan gagal mengingati rakannya yang terperangkap dalam kenderaan tersebut.

Kereta mangsa dikatakan terjatuh disebabkan pemandunya yang tertekan pedal minyak, menyebabkan kereta terjatuh ke dalam sungai. Operasi menyelamat ditangguhkan jam dua pagi ini, dan disambung jam 7 pagi.

Pihak Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan sedang dalam usaha menjejaki kenderaan tersebut bagi mengesahkan status mangsa kedua. – e-Samarahan

One thought on “Pemandu mabuk, kenderaan terjatuh pengkalan feri

  • March 27, 2016 at 11:26 pm
    Permalink

    Yahhhhh yolah kito, Islam nang melarang minum Arak, ndakkah oleh

    Reply

Tinggalkan komen anda