Pasukan Pejabat Daerah Simunjan juara futsal RANDO Samarahan 2016

SAMARAHAN: Pasukan Futsal Pejabat Daerah Simunjan membuktikan kehebatannnya apabila menjuarai Kejohanan Futsal Pejabat Residen dan Daerah (RANDO) Bahagian Samarahan sempena Kembara Sukan RANDO 2016.

Naib juara dimenangi Pejabat Daerah Asajaya dan Pejabat Residen Bahagian Samarahan muncul di tempat ketiga.

Sebanyak empat pasukan pejabat daerah di bawah pentadbiran Pejabat Residen Bahagian Samarahan menyertai kejohanan itu.

Hadiah pemenang disampaikan oleh Timbalan Residen Bahagian Samarahan, Jamalie Busri mewakili Residen Bahagian Samarahan, Abdul Rahman Sebeli. – Utusan Borneo

Tinggalkan komen anda