Mengenali ilmu hadis dalam Seminar As-Sunnah

SAMARAHAN: Exco Pembangunan Sahsiah & Modal Insan ‍‍Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bakal menganjurkan Seminar As-Sunnah 2016 bersempena Karnival Inspirasi Belia 2016 pada 14 Mei dan 15 Mei 2016 di Pusat Islam Tun Abang Salehuddin (PITAS) UNIMAS.

Penyampaian akan diberikan oleh Tuan Guru Al’Allamah As Syeikhul Misykat Maulana Hasnul Hizam Hamzah, Pensyarah Hadith Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Seminar ini bertujuan untuk memahami dan mengenali ilmu hadis dalam kalangan peserta, memahami hadis adalah salah satu hujah dalam Islam, memahami bahawa hadis merupakan tafsir utama kepada Al Quran, mengetahui siapakah orang-orang terpilih oleh Allah untuk mengembangkan agamaNya dan memahami kepentingan ilmu hadis.

Pelajar dan orang awam yang berminat untuk hadir boleh mendaftar secara atas talian di http://goo.gl/forms/MqWQkaO75H atau hubungi Taufeeq (014-546 7708) atau Abdullah (011-1590 3782). Bayaran sebanyak RM25 untuk pelajar dan RM100 bagi orang awam, sementara pembelian kitab berharga RM80. – e-Samarahan

Tinggalkan komen anda