Liga Super : Tuan rumah berputih mata

KUCHING : Sarawak FA terus berputih mata selaku tuan rumah pada perlawanan Liga Super malam ini apabila tewas 0-2 dengan T-Team.

Bermain dengan stadium kosong, serangan bertubi-tubi daripada pasukan tuan rumah juga pasukan pelawat tidak mampu menghasilkan sebarang gol di separuh masa pertama. T-Team menerima gol pertama apabila Makan Konate menjaringkan gol pada minit ke-54. Makan Konate menambah derita pasukan Sarawak FA dengan tambahan gol kedua pada minit ke-69.

Kekalahan Sarawak FA menjadikan kedudukan pasukan di tangga ke-10 liga, dengan hanya 5 mata.

Di IPOH, Stadium Perak, Ipoh berpesta gol apabila Pahang berjaya memperoleh kemenangan pertama musim ini dengan jaringan 4-3 ke atas Perak. Vokhid Shodiev memulakan rentak gol pasukan Perak pada minit ke-8, namun pasukan Pahang berjaya menyamakan kedudukan 5 minit kemudian hasil jaringan Dalibor Volas. Dalibor Volas berjaya menambah jaringan pada minit ke-43, membawa pasukan Pahang di hadapan.

Pasukan Perak tidak berputus asa dengan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-58 hasil Elias berjaya mengambil bola dari jarak dekat. Minit ke-69, tandukan Pacheco hasil hantaran jauh berjaya menambah gol Pahang, namun Ahmad Khairi berjaya melolosi pertahanan Pahang dan menyamakan kedudukan Perak kembali di minit ke-77. Memasuki masa tambahan, Volas sekali lagi menjadi wira Pahang apabila berjaya menanduk masuk bola ke gawang hasil sepakan penjuru.

Di ALOR SETAR, Kedah hanya memperoleh 1 mata bersama pasukan Pulau Pinang apabila hanya seriĀ 3-3. Pasukan tuan rumah memulakan misi kemenangan dengan menjaringkan gol menerusi Lirindon Krasniqi di minit ke-24, namun Pulau Pinang berjaya menyamakan kedudukan di minit ke-30 dengan hasil jaringan Matias Cordoba walaupun Syukur Saidin menerima kad kuning di minit ke-27.

Di separuh masa kedua, rembatan Lirindon Krasniqi di minit ke-61 kembali menjadikan kedudukan Kedah di hadapan. Serangan demi serangan yang diberikan oleh Pulau Pinang, akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-87 hasil sepakan penjuru ditanduk kemas Sazan Darwira.

Dengan tinggal satu perlawanan yang akan berlangsung esok di antara PDRM dan Terengganu pada minggu ketujuh Liga Super, Felda United menduduki tangga pertama dengan 18 mata, Johor Darul Ta’zim (JDT) (17 mata), dan Selangor (11 mata). PerakĀ dengan Pahang dengan hanya memperoleh empat mata, meletakkan kedua-dua pasukan di kedudukan tercorot liga. – e-Samarahan

Tinggalkan komen anda