Kronologi tragedi helikopter di Sarawak

SAMARAHAN : Berikut merupakan kronologi tragedi helikopter di Sarawak. Halaman ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. – e-Samarahan

 

9 Mei 2016

10.15 pagi – Mayat keenam mangsa tragedi helikopter Sarawak dipercayai Kapten Rudolf Rex Ragas, dijumpai

 

8 Mei 2016

10.00 pagi – Jenazah Asmuni Abdullah, 52, suami Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon yang terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak Khamis lepas, selamat dikebumikan

9.00 pagi – Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad selamat dikebumikan di Kuala Kangsar

8.40 pagi – Jenazah Allahyarham Lans Koperal Ahmad Sobri Haron selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Mek Ngah, Kuala Nerus, Terengganu

1.30 pagi – Mayat ke-4 & ke-5 disahkan Asmuni Abdullah & MP Kuala Kangsar, Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad. Disahkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

 

7 Mei 2016

6.20 petang – Mayat keempat dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat

6.00 petang – Mayat kelima ditemui

5.30 petang – Identiti mayat ketiga adalah pengawal peribadi Datuk Noriah Kasnon, Ahmad Sobri Harun

4.25 petang – Mayat keempat ditemui, dan tiba di Pusat Operasi Lingga

3.25 petang – Identiti mayat kedua disahkan sebagai Datuk Dr. Sundaran Annamalai, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

3.20 petang – Mayat keempat ditemui, tidak jauh daripada lokasi mayat pertama

12.05 tengah hari – Mayat ketiga dipercayai terlibat nahas juga ditemui, 1 kilometer daripada jenazah Allahyarhamah Datuk Noridah

8.45 pagi – Mayat dipercayai terlibat nahas ditemui, 15 kilometer daripada jenazah Allahyarhamah Datuk Noridah, namun menghadapi kesulitan untuk dibawa naik

2.15 pagi – Jenazah Allahyarhamah Datuk Noridah selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Sungai Burong.

1.45 pagi – Dianggarkan 3,000 orang menyambut jenazah Allahyarhamah Datuk Noridah di Masjid Ar-Rahmah Batu 12, Sungai Burong Tanjung Karang

12 tengah malam – Jenazah Allahyarhamah Datuk Noridah selamat tiba di Pengkalan Udara Subang, dibawa ke Tanjung Karang

 

6 Mei 2016

11.20 malam – Rumah Allahyarhamah Datuk Noridah di Tanjung Karang dipenuhi rakan-rakan dan penduduk setempat yang ingin menziarahi beliau buat kali terakhir. Dianggarkan 500 orang hadir

11.00 malam – Tumpuan pencarian kini beralih ke kawasan hulu Sungai Batang Lupar berhampiran Lingga

9.15 malam – Pesawat Hercules C130 TUDM berlepas bagi membawa jenazah Datuk Noriah ke Pengkalan Udara Subang

7.30 malam – Jenazah Datuk Noridah telah dikafankan, solat jenazah di Masjid TUDM Kuching sebelum diterbangkan ke Subang jam 9 malam. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan menyusul ke Subang malam ini.

6.45 petang – Setiausaha Sulit sahkan mayat pertama tragedi adalah Datuk Noridah

4.00 petang – ATM kerah tiga cabang perkhidmatan – udara, air dan darat bagi misi mencari, APNM kerah 5 aset dan 60 anggota

3.40 petang – Ahli keluarga Allahyarhamah Datuk Noridah tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuching menggunakan pesawat khas

3.25 petang – Jenazah Allahyarhamah Datuk Noridah tiba di IPK Kuching, dibawa ke Hospital Umum Sarawak

3.00 petang – JBPA terpaksa ubah strategi pencarian kerana air pasang. Pencarian berfokus di kawasan Sungai Merah dan Lingga

2.15 petang – Mayat Allahyarhamah Datuk Noriah dijangka tiba di Hospital Umum Sarawak jam 2.30 petang

12.00 tengah hari – Mayat pertama nahas helikopter yang ditemui oleh pasukan SARS adalah mayat Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon jam 12 tengah hari tadi. Mayat ditemui berhampiran dengan lokasi serpihan helikopter dijumpai.

10.00 pagi – Serpihan dipercayai helikopter yang dilaporkan hilang semalam, dijumpai jam 9.50 pagi oleh SAR. Pencarian masih lagi diteruskan.

8.30 pagi – ATM turut menggerakkan aset mencari dan menyelamat mangsa

6.00 pagi – Operasi mencari bermula seawal jam enam pagi di kawasan Sebuyau.

 

5 Mei 2016

11 malam – SAR dimulakan selepas mengumpul segala aset untuk digerakkan

9.45 malam – Perdana Menteri lahirkan kebimbangan, minta rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik

9.30 malam – DCA sahkan helikopter hilang dari radar jam 9.20 malam, lancarkan misi menyelamat

5.00 petang – Helikopter yang membawa seorang juruterbang dan lima penumpang, termasuk seorang Timbalan Menteri dan seorang ahli Parlimen hilang dari radar.

Tinggalkan komen anda