KJ bakal hadir Jelajah Kampus UNIMAS

SAMARAHAN: Rakan Muda dibawah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bakal mengadakan sebuah program Jelajah Kampus di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA) dan perkarangan Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 23 April ini.

Jelajah Kampus bertujuan untuk melibatkan golongan belia dalam bidang-bidang penting seperti keusahawanan, alam sekitar, kemasyarakatan, hiburan, inovasi, kesenian & kebudayaan, dan digital.

jelajah kampus unimas

Pelbagai aktiviti disediakan untuk pelajar dan pengunjung yang hadir, termasuklah bengkel fotografi Instagram, bengkel lukisan cat air, pameran muzik piring hitam, pembuatan poster gergasi, ceramah motivasi daripada artis dan usahawan belia, dan persembahan artis tempatan seperti Monoloque dan Sonar Instinct.

Majlis Perasmian Jelajah Kampus bakal disempurnakan oleh YB Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. – e-Samarahan

Tinggalkan komen anda