Kerajaan peruntuk RM135.6j kepada SPR bagi PRN Sarawak

KUALA LUMPUR : Kerajaan memperuntukkan RM135.6 juta kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan datang, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).

JPM berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) mengenai peruntukan yang akan diberikan kepada SPR untuk PRN Sarawak akan datang dan peruntukan bagi PRN lepas.

Menurut JPM, jumlah peruntukan yang telah digunakan dalam PRN lepas adalah sebanyak RM79 juta.

Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 dijangka diadakan pada bila-bila masa susulan penggal Dewan Undangan Negeri semasa akan berakhir menjelang Jun tahun ini. – Bernama

Tinggalkan komen anda