Kanak-kanak dikhuatiri dibaham selepas diserang buaya

SAMARAHAN : Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri dibaham buaya selepas mandi di sungai di kawasan kelapa sawit di Kampung Sungai Mata dekat sini.

Mangsa, Crlieyseha Abdul Rahim berusia 2 tahun 6 bulan dikatakan mandi bersama bapanya, Abdul Rahim Maarof berusia 26 tahun pada petang tadi. Bapa mangsa gagal menyelamatkan anaknya yang diserang buaya dan mengalami kecederaan patah tangan semasa cuba membantu mangsa. Bapa mangsa telah diselamatkan oleh penduduk kampung dan dihantar ke hospital berdekatan.

6 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan tiba di lokasi jam 6.42 petang bagi operasi mencari dan menyelamat, namun terpaksa dibatalkan ke hari Jumaat akibat kesukaran menurunkan bot akibat keadaan yang telah gelap di lokasi kejadian. – e-Samarahan

Tinggalkan komen anda