Jasad mayat kanak-kanak dibaham buaya ditemui

SAMARAHAN: Kanak-kanak yang dibaham buaya semalam berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat dalam operasi mereka pagi ini.

Mayat Crlieyseha Abdul Rahim yang berusia 2 tahun 6 bulan ditemui masih lengkap, dibawa ke tebing sungai oleh anggota penyelamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Penolong Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata operasi yang bermula jam 6.40 pagi itu berjaya menemui mayat mangsa pada jam 8.55 pagi pada sekitar 10 meter dari lokasinya hilang.

Dalam kejadian semalam, seorang bapa dan anaknya dikatakan mandi di sungai berhampiran kawasan kelapa sawit di Kampung Sungai Mata dekat sini. Bapa mangsa, Abdul Rahim Maarof berusia 26 tahun, hampir putus tangan kirinya apabila cuba menyelamatkan anaknya daripada dibaham seekor buaya dan terpaksa berenang ke tebing bagi menyelamatkan diri.

Abdul Rahim berjaya dibawa ke hospital dengan bantuan orang ramai yang menyedari kejadian tersebut. – e-Samarahan

Tinggalkan komen anda