Institusi masjid dan surau adalah tanggungjawab semua – Karim

ASAJAYA: Semua pihak bertanggungjawab memastikan institusi masjid dan surau sentiasa menjadi platfom untuk menyatukan ummah.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata anggapan bahawa tanggungjawab ini hanya digalas oleh pihak pengurusan masjid dan surau merupakan satu anggapan yang tidak tepat.

Walau bagaimanapun Abdul Karim, ketika berucap di Program Gotong Royong Masjid an-Najjah disini pagi tadi, mengakui bahawa sedikit sebanyak pandangan yang salah ini berpunca dari pengurusan masjid dan surau yang gagal mengimarakkan masjid dan surau.

Beliau kemudiannya berkata pihak pengurusan masjid dan surat mesti mengambil inisiatif untuk memperkasakan kualiti pengurusan dengan belajar dari pihak pengurusan masjid dan surau yang berada diluar Asajaya seperti di Kuching ataupun di Semenanjung Malaysia.

Abdul Karim, yang juga Ahli DUN Asajaya, turut mencadangkan pihak pengurusan Masjid An-Najjah melakukan aktiviti bersama dengan masjid dan surau di sekitar Asajaya bagi tujuan merapatkan silaturahim di kalangan pihak pengurusan masjid dan surau di Asajaya.

Selepas selesai berucap, beliau menyampaikan watikah perlantikan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid an-Najjah kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid an-Najjah Razali Leman.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Asajaya Habari Bakar. – Blog YB Karim

Tinggalkan komen anda