Henry Banyan ketuai cawangan SDNU Samarahan untuk penggal 2016-2018

KUCHING: Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Samarahan memperkenalkan empat muka baru dalam baru barisan exco bagi penggal 2016-2018 baru-baru ini.

Tedong Bugak merupakan Setiausaha baharu SDNU Cawangan Samarahan menggantikan Henry Banyan yang dipilih sebagai Pengerusi baharu cawangan tersebut. Henry menggantikan Stanley Belayong Pok menerusi pemilihan jawatankuasa baharu cawangan pada Mesyuarat Agung yang dianjurkan setiap tiga tahun sekali di sebuah restoran di Siburan dekat sini.

Tiga muka baru yang lain adalah Japnam Li, Glesa Jating dan Dustin Sagih, menurut kenyataan akhbar yang diedarkan semalam.

Japnam menggantikan Andrew Bosco Paul sebagai Pembantu Setiausaha manakala Glesa dan Dustin dipilih sebagai Exco.

Emas Gijak dikembalikan ke jawatan Timbalan Pengerusi Cawangan sementara Frederick Lai Upeng merupakan Bendahari Cawangan. Penolong Bendahari adalah Jibe Lakipo manakala David Edward Emai dan KK Bas Kaus telah diserap sebagai ahli Exco.

Tinggalkan komen anda