Belasah pelajar asrama kerana rokok, 13 orang ditahan

SIMUNJAN: Kerana memberikan maklumat pelajar membawa rokok ke sekolah dan menyebabkan empat pelajar digantung persekolahan, seorang pelajar Tingkatan Dua dekat sini dipukul beramai-ramai di bilik asrama pelajar pada petang semalam.

Mangsa yang dikatakan berada di bilik air asrama didatangi oleh pelajar senior mengajak ke bilik asrama, dan diserang dan dipukul dengan diselimutkan supaya mangsa tidak dapat berbuat apa-apa. Akibat serangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, lebam di bahagian badan dan kaki.

Mangsa dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Hasil siasatan pegawai Polis Diraja Malaysia Simunjan diketua ASP. Ahmad Rosul ke asrama lelaki sekolah berkenaan membawa kepada penangkapan 13 pelajar yang disyaki terlibat dalam insiden tersebut. Soal siasat mendapati kesemua suspek mengaku terlibat memukul mangsa. Kesemua suspek ditahan untuk membantu siasatan lanjut. – e-Samarahan

Tinggalkan komen anda