Banjir kilat landa Samarahan, Serian beransur surut

SAMARAHAN : Beberapa kawasan rendah yang dilanda banjir kilat di kawasan Samarahan dan Serian beransur surut petang ini.

Tinjauan e-Samarahan ke sekitar kawasan banjir mendapati hujan lebat yang turun sejak malam tadi menyebabkan terdapat beberapa kawasan rendah dilanda banjir seawal jam 6 pagi tadi. Antara kawasan yang terlibat adalah Tanjung Bundung, Kampung Tebakang dan Kampung Pichin, juga melibatkan Jalan Kuching – Serian terutama di kawasan perumahan Batu 12.

banjir-kilat-samarahan-02 banjir-kilat-samarahan-01

Hujan yang telah berhenti sekitar tengah hari ini menyebabkan banjir kilat dijangka beransur surut pada awal petang ini, namun dijangkakan hujan akan kembali turun pada lewat petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) menjangkakan hujan sepanjang hari di sekitar Kuching pada hari ini dan 31 April, dengan suhu sekitar 24 hingga 33 darjah Celsius. – e-Samarahan

Tinggalkan komen anda