Adenan jadi pemandu bas?

SAMARAHAN: Mesej positif yang ditunjukkan dalam muzik video yang dihasilkan oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berjudul Ibu Pertiwi Kita, menjadi viral menjelang pengundian Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 yang bakal berlangsung 7 Mei ini.

Turut mencuri perhatian adalah penampilan istimewa Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak yang menjadi pemandu bas, dengan Presiden SUPP, Datuk Dr. Sim Kui Hian menjadi pembantunya.

Rata-rata komen yang diberikan dalam muzik video itu memuji usaha penghasilan video tersebut yang tidak menyerang mana-mana pesaing politik yang lain, disamping memperlihatkan usaha menyatupadu rakyat Sarawak.

Sebelum ini, Parti Tindakan Demokratik (DAP) juga menghasilkan sebuah muzik video bersempena PRN Sarawak ke-11. – e-Samarahan

Tinggalkan komen anda