44 peratus turun mengundi setakat petang ini

KUCHING: Sejumlah 44 peratus daripada 1,113,522 pemilih berdaftar keluar mengundi sehingga jam 2 petang tadi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata beliau menjangkakan lebih ramai pengundi keluar sebelum pusat pengundian pada jam 5 petang ini.

“Walaupun hanya 44 peratus yang direkodkan sehingga 2 petang, namun masih banyak maklumat berkenaan peratusan keluar mengundi belum diterima dari kawasan lain…jadi kami jangka jumlah keluar mengundi akan melebihi angka sedia ada,” katanya di sini. – Berita HarianĀ 

 

Tinggalkan komen anda