3 ribu peluang pekerjaan di Skim Latihan 1Malaysia Sarawak

KUCHING : Graduan dan lepasan universiti perlu bersaing bagi merebut peluang pekerjaan yang semakin mencabar, serta mempertingkatkan kebolehan dan kemahiran untuk terus berada di hadapan.

Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dalam ucapan perasmian pada program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Negeri Sarawak berkata, dengan penganjuran program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini akan memberikan peluang yang lebih luas kepada graduan dan pelajar universiti yang bakal melangkah ke alam pekerjaan.

Menurut beliau lagi, dengan kerjasama daripada semua pihak termasuklah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKSWK) yang turut sama turun padang dapat meluaskan jaringan pekerjaan kepada mereka yang ingin mencari pekerjaan.

Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung bermula hari ini hingga 27 Mac 2016 ini membawakan lebih 80 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta dengan 3 ribu peluang latihan dan pekerjaan ditawarkan. Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Negeri Sarawak dianjurkan bersama Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Kementerian Sumber Manusia dan Universiti Malaysia Sarawak. – e-Samarahan

Tinggalkan komen anda